Thursday, 9 June 2011

Aku, matahari dan pantai


Sunset… Sunrise. Golden hours memang favourite aku, sebab aku suka amik gamba walaupun tak sehebat fotografer handalan. Aku sangat kagum dengan warna alam ketika senja dan subuh. Tersangatlah cantik.
Alang-alang ada di rumah aku pun ambil kesempatan ke Pantai Kuala Kemasek, walaupun da lame duduk depan pantai. Aku takde la mabuk nak pergi pantai tiap-tiap hari.Panas wooo…Setiap kali ada peluang (bangun awal) aku mesti mengadap sunrise.
Kali ni adik aku pun bercuti jadi ada la orang yang boleh temankan ke pantai. Dapat la seketul dua gambar untuk dijadikan kenangan sebelum kami berpindah balik ke tanah tumpah darah ku Negeri Sembilan. 


Dulu, Pantai Kuala Kemasek ni takde la famous mane, cuma local je yang tau. Nak kata tak famous, da banyak penggambaran wat kat sini; Senario, iklan sabun dari oversea, Jackie Chan (tu je la aku tau).Tapi sekarang memang ramai da tau. Pantai ni mungkin tak secantik di Redang atau Perhentian tapi cukup membuatkan orang terpesona. 

Apa yang ada? Tempat makan, tandas, jeti, tempat jogging, playground. Memang sesuai la untuk bawa family ke, kengkawan ke. Satu lagi, tak wajib kalau datang Pantai Kuala Kemasek tapi tak naik the great rock. Nak tau macamane rupa the great rock tu datang la Pantai Kuala Kemasek :) dan waktu yang sesuai untuk ke pantai ni waktu pagi.
Kalau dari KL, ikut la lebuhraya Pantai Timur sure sampai. Bila da sampai Kemaman be aware dengan signboard, perjalanan dari Kemaman ke Pantai Kemasek lebih kurang setengah jam. Selepas jumpa signboard Kemasek, ready untuk masuk ke kanan. Kalau susah sangat guna je GPS.
Verdict : 7.3/10

No comments:

Post a Comment