Its raining season here in Terengganu. There was no sign its gonna stop. I long for the morning sunshine. Everyday was gloomy since middle of October.
Up until 24th November 2011, I was getting ready when I saw the bright yellow-orange sky from my window. It was raining yet the sun can be seen clearly. I quickly grabbed my camera and took a photo of it.
Probably wasn’t that great but hey it was like 30 days without sunrise, it was all dark and gloomy, not the way how I want my day starts. Now I am waiting for the raining season to ends.
Jam 0300 aku bangun gosok baju, kiwi kasut sampai kilat xhengat. Seumur aku berkhidmat bukan kasut xpernah berkilat tapi kali ni sekejap je da kilat (mungkin makin lama makin senang nak dikilatkan kot). Baju loreng yang bergantung aku gosok kasi tajam potong daging. Jam 0500 semua da siap, nak sambung tido balik takut xsedar subuh, jadi aku kasi kilat lagi… kilat lagi…bape kali kilat da. Tapi hari ni lain, jadi banyak kali buat pon xpe…aku tersengih macam kerang busuk sorang2 hohoho
Selepas solat subuh, mandi bagai, make-up bagai, berbagai-bagai, jam 0715 aku dengan kawan-kawan yang lain bertolak ke kem dengan 3 tan. Masing-masing usha sama sendiri, nak puji tapi masing-masing xterkeluar suara (nervous agaknya).
Sampai di kem, kami bergegas ke auditorium Rej 515. Selepas raptai pertama dan terakhir untuk pagi tu, VVIP masuk. Bermula la upacara pemakaian pangkat, ada 2 orang pegawai yang naik pangkat. Tapi fokus sekarang ialah upacara pemakaian pangkat dari prebet ke lans koperal. Mungkin bagi separuh orang ini x cukup gah untuk diceritakan. Biarkan… yang merasanya kitorang bukan kau. Sekali dengan pakej naik pangkat adalah tanggunggjawab pembantu jurulatih. Aku terharu terpilih memandangkan aku bukan la di antara peserta KADAR yang mempunyai ‘outstanding performance’ cuma Alhamdullilah…bak kata orang berbaloi-baloi kena lenjan.
Selepas ni, ape plan? Kursus P.O.? jika keadaan mengizinkan ape salahnye kan J
Latepackers (Alumni ARC UIA) menganjurkan satu lagi trip gunung. Memandangkan aku tengah free bole le nak follow kali ni. Peserta terdiri dari ‘just graduated’ UIA,Gombak students, pelajar UIA, Kuantan, Politeknik, pelajar Monash dan beberapa kolej lain termasuk rakan taulan kitorang yang terdiri dari golongan yang da bekerja. Kami berkumpul di UIA, Gombak dekat legendary stairs a.k.a Tangga Firaun (sebab rupa cam tangga yang attach dekat Sphinx of Giza..kot :P). Kami bertolak jam 2215. Manakala yang bertolak dari lokasi lain terus ke tempat perjumpaan di RnR,Tapah.
24/09/2011
Perjalanan diteruskan ke Cameron Highland. Kami tiba pada jam 0330. Baru ingat nak tido masjid, masjid kunci plak jadi menapak la memasing tido dalam kete. Jam 0615 kami ke Masjid Kayangan Brinchang untuk solat subuh.
Selepas breakfast di medan selera dan sebelum bertolak ke puncak Brinchang, kami diberi briefing dari abang Shahidi@PM untuk program kali ni dan melapor di pejabat polis. Jam 1015 kami tiba di kaki Brinchang dan bertolak ke puncak. Lepas warm-up dan baca doa kami bertolak ke puncak Irau.
Trek bermula dengan jambatan kayu (untuk sape2 yang nak menikmati keindahan gunung Brinchang dan pemalas nak trekking.) Trek sebenar bermula di akhir jambatan. Memandangkan sekarang tengah musim hujan, trek yang bertanah lembut jadi berlumpur, berselut dan licin. Agak bahaya untuk pendaki2 yang kurang berpengalaman.
Sekejap mencanak (menaik) sekejap menurun, bila trek landai, jalan berselut menanti, silap langkah masuk jerangkap samar paras peha. Memang terbaik la...
Bila da ramai2 kami jalan berasingan, kumpulan depan dengan kumpulan belakang. Aku tentu la di tengah2, sebab aku suka jalan sorang2 (can’t help it, I just loooove taking my own sweet time to enjoy the nature’s gift). *Perhatian anda tidak digalakkan untuk berjalan dalam hutan bersendirian atas faktor2 keselamatan!!
Kabus agak tebal, kadang2 sampai x nampak jalan. sepanjang perjalanan macam-macam ada. Yela kan, name pon hutan, tapi apa yang ada kat hutan xde kat tempat lain jadi ni la sikit sebanyak yang aku sempat rakam.
Hutan kat tanah tinggi ni agak berlumut, menambahkan lagi kekaguman aku pada alam ciptaan Allah. Some claim this place resemble the forest in the Lord of the ring, hell yeah it was.
Kami sampai di first checkpoint, Mini Irau@Puncak Tipu@Anak Irau pada ketinggian 6,666 kaki. Lepas minum2, rest2 kejap, perjalanan diteruskan.
Sampai di puncak pada ketinggian 2110m a.p.l., kami pon terus ‘transform' untuk sesi bergambar.
Hutan Brinchang ni antara tempat yang best untuk pergi lebih dari skali. Cuma kemudahan air agak terhad. Suhu pada waktu malam boleh menurun sehingga 8 darjah celcius jadi bersedia la dengan baju extra tambah2 lagi kawasan ni lembab. Tidur tanpa sleeping atau dalam baju basah boleh menyumbangkan kepada hipertemia.
Barang penting!
1.Sleeping bag (kalau camping wajib!)
2.Air-minum/bersuci
3.Dry bag –baju/barang2/camera
4.Extra battery- bateri cepat habis di tempat sejuk (untuk yang bawa camera)
5.Sweater/windbreaker
6.Extra stokin
Verdict : 8.3/10
*Title 'Anak Irau' diambil sempena peristiwa salah sorang peserta yang dapat tahu dia mengandung masa kami bawa dia ke hospital sebab lesu selepas dia turun dari puncak Irau . Alhamdullilah, nasib baik la xjadi pape kat kakak ni dengan baby die.
Skot duduk senang! Duduk sedia! Assalamualaikum dan selamat petang semua sekali! Duduk senang!
Kita sambung cerita kursus KADAR yang terbengkalai.
Kalau kita cakap pasal askar mesti dah boleh bayang dalam kepala otak; M16, Rifle etc,belajar perang…bla…bla…bla…kepala botak, baju loreng, gelap...mostly true. Selain fizikal yang fit otak pun kena fit (tapi bukan fit sawan) kalau badan cergas otak pon nak kena kasi cerdas, kalau lembab, konpem perang terus mampus (ayat keji).
Kalau nak cite pasal latihan memang satu hari satu malam pon takabes, kalau karang berkajang-kajang kertas. Kursus KADAR pernah d’claim sebagai salah satu azab dunia yang kena lepas demi untuk menaikkan diri ke peringkat seterusnya a.k.a naik pangkat.
Kursus ni melatih LLP untuk menjadi pembantu jurulatih, sebelum jadi pembantu jurulatih atau jurulatih (yang mempunyai kuasa tak berapa veto untuk memberi hukuman) konpem2 la kena hukum dulu. ‘Motto’nya kasi hentam sampai lunyai (kata askar kan) :P
Pernah sekali kami diberi assignments tapi ada sorang mamat ni memang fail, tak siap keje langsung, masa orang bersengkang mata bole pulak dia terbongkang tidur (dasar g**** tol la). We barely sleep for the whole month, and practically turned into a walking dead (cakap omputih plak kan).Seperti motto the three musketeers “Unus pro omnibus, omnes pro uno /one for all, and all for one/satu untuk semua, semua untuk satu” ambik kaw, sebabkan dia sorang kita orang suma kena, tapi ni normal la dalam askar, sorang buat sume kena.
Nak dijadikan cite lokasi latihan kita orang memang cun, tepi tasik gitew. Nak kasi lagi cun tasik ni berpaya tanah hitam tepi alur air berlumpur merah. Haaa ape lagi kau nampak bawah tu, pergi turun…aku kira sampai 3 semua ada dalam kolam! paham?! kau cari ikan haruan untuk aku! (Kpl Syakir). Da bergelumang dalam paya masuk pulak lumpur merah, 1 minit je baju loreng baru yang tak sampai seminggu untuk perbarisan nampak macam da season, lepas tu kena celup balik dalam paya hitam…
Baru 2,3 saat kena rejam dalam air kena plak front roll lepas tu patah balik sambil makan swiss roll (side roll) sampai je tempat mula terus commando rest sebijik. Yang tak larat kena libas dengan batang paip, rasa dia? Pergh…lagi sedap dari patin masak tempoyak. Ini la lebih kurang rupa commando rest tu.(source: militaryphotos.net)
Pengalaman ni hanya sezarah daripada apa yang kami lalui. Walaupun agak ekstrem tapi ini adalah antara cara menguatkan mental wal fizikal.
Alhamdullilah kesemua peserta berjaya habiskan kursus. We finally graduated,hip hip hooray!! Ni antara pengalaman yang aku takkan lupakan seumur hidup.
*Lupa plak,korang mesti tergaru-garu kepala asal lak entry ni titke 'Kadar Manja'...mengikut kebiasaan kursus ni diadakan pada bulan yang bercuaca paling panas, time kitaorang training tiba-tiba hujan turun dan kadang-kadang mendung. Terus kena sound manja dowh...whattodo, we didn't ask for it. Tapi Alhamdullilah kira rahmat la tu kan :)
It’s been months since the last post…so hard to keep on blogging when you are not the type who loves to go online (I would rather read books or being outdoor) :P
The last post was in June, when I was home and the issue of parents’ negligence was the hawwwt topic (Wasn’t my favourite)...then I went for KADAR. KADAR stands for Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah a.k.a the NCO course. It is offered to the army or reserved army (WATANIAH). I was just graduated when the course was offered; the timing was perfect so I decided to join the course. It is basically include series of tests to determine whether a soldier is eligible to be promoted.
The course started in July 4th, since I decided to join at the very last minute before the application closed, I went for physical training in June (It was quite late though). Thank God I passed the physical test (Alhamdullilah). TBC.
Anak dapat markah rendah, kena marah. Dapat markah sederhana, tak kena puji. Bila buat salah kena tengking, kena pukul. Cara betul mengajar budak katanya.
Apa salahnya memuji. Puji itu kan kata-kata semangat.
Bila anak disoal siasat senyap, dikatakan bisu. Bila buka mulut, dikatakan melawan. Yang menurut tanpa membantah walaupun salah, anak yang baik. Yang membela diri, anak kurang ajar.
Bila ada salah faham, yang muda kena beralah, minta maaf. Walaupun yang tua adalah pemula.
Aku keliru. Pakar psikologi tak menggalakkan anak dipukul, tapi aku tengok berleluasa je. Suami isteri bertengkar di rumah, anak pun turut terkena efeknya.
Mungkin kurang kesedaran, mungkin ibu bapa itu dibesarkan dalam suasana begitu. Analisa aku bukan profesional tapi dari pemerhatian, perkongsian pengalaman dan pembacaan.
Tapi sampai bila, hanya tengok, tak buat apa-apa.
Cuba menegur, kita dikata budak tak cukup umur. Setahun jagung,kurang makan garam dan bermacam-macam lagi.
Orang tua memang susah nak ditegur lebih-lebih lagi oleh orang muda.
Buntu. Penyelesaian konflik hanya dengan kerjasama dua pihak. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Tapi bila takde kerjasama buat apa melukut di tepi gantang lagi.
Aku fikir lagi panjang umur lagi pandai menghadapi masalah. Rupanya akal tak seiring umur.
Yelah. Manusia kan tak sempurna tapi apa salahnya mencuba…
Selepas ke Pantai Kuala, Kemasek, aku merancang ke Pantai Batu, Kemasek, nak ambil gambar sunrise lagi. Rancangan terbantut bila abi mengajak kami sekeluarga breakfast @ picnic di Dungun. Seawal jam 0715 kami bertolak dan tak lame lepas tu hujan pun turun.
Sepanjang perjalanan aku diam, sedih...nak tengok sunrise kempunan.Bila umi aku perasan muka aku macam ada masalah dunia, dia da boleh detect. “Nanti matahari bangun lambat, sebab tengah hujan ni dia tidur lagi”. Cubaan lawak umi membuatkan aku lagi sayu (kononnye).
Jam 0835 kami sampai di Pantai Dungun. Kereta tak abes berhenti, aku da melompat keluar. Kagum sekejap. (waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah). Masin rupanya mulut umi, mesti banyak makan garam ni. Matahari naik 40 darjah di ufuk timu
Berkelah ni salah satu tradisi keluarga aku bila semua ahli keluarga ada di rumah, kalau cuti panjang kami pergi bercuti, bila hujung minggu kami akan berkelah sambil minum pagi. Memandangkan abi kami sukakan pantai, jadi tempat berkelah kebanyakannya di pantai-pantai.
Pantai Dungun aka Telok Gadong kalau kena musim, beratur la joran kat tepi pantai. Tempat yang paling best dekat dengan UITM, redup je sebab banyak pokok. Sini memang banyak chalet mengadap pantai, nak turun ke pantai jalan sikit da sampai. Kedai makan pun banyak.
Dari Pantai Dungun kita boleh nampak Pulau Tenggol dan Pulau Kapas. Pulau Tenggol ni terkenal di kalangan scuba diver. Kalau datang nak tenangkan otak hujung minggu memang sesuai lah.
Antara aktiviti yang boleh buat kat Dungun selain jalan tepi pantai tanpa hala tuju: