Friday, 10 June 2011

Konflik : budaya keluarga vs common sense


Anak dapat markah rendah, kena marah. Dapat markah sederhana, tak kena puji. Bila buat salah kena tengking, kena pukul. Cara betul mengajar budak katanya. 
Apa salahnya memuji. Puji itu kan kata-kata semangat.
Bila anak disoal siasat senyap, dikatakan bisu. Bila buka mulut, dikatakan melawan. Yang menurut tanpa membantah walaupun salah, anak yang baik. Yang membela diri, anak kurang ajar.
Bila ada salah faham, yang muda kena beralah, minta maaf. Walaupun yang tua adalah pemula.
Aku keliru. Pakar psikologi tak menggalakkan anak dipukul, tapi aku tengok berleluasa je. Suami isteri bertengkar di rumah, anak pun turut terkena efeknya.
Mungkin kurang kesedaran, mungkin ibu bapa itu dibesarkan dalam suasana begitu. Analisa aku bukan profesional tapi dari pemerhatian, perkongsian pengalaman dan pembacaan.
Tapi sampai bila, hanya tengok, tak buat apa-apa.
Cuba menegur, kita dikata budak tak cukup umur. Setahun jagung,kurang makan garam dan bermacam-macam lagi.
Orang tua memang susah nak ditegur lebih-lebih lagi oleh orang muda.
Buntu. Penyelesaian konflik hanya dengan kerjasama dua pihak. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Tapi bila takde kerjasama buat apa melukut di tepi gantang lagi.
Aku fikir lagi panjang umur lagi pandai menghadapi masalah. Rupanya akal tak seiring umur.
Yelah. Manusia kan tak sempurna tapi apa salahnya mencuba…
 ....Sebuah monolog


Thursday, 9 June 2011

Marilah menenangkan otak


Selepas ke Pantai Kuala, Kemasek, aku merancang ke Pantai Batu, Kemasek, nak ambil gambar sunrise lagi. Rancangan terbantut bila abi mengajak kami sekeluarga breakfast @ picnic di Dungun. Seawal jam 0715 kami bertolak dan tak lame lepas tu hujan pun turun.
Sepanjang perjalanan aku diam, sedih...nak tengok sunrise kempunan.Bila umi aku perasan muka aku macam ada masalah dunia, dia da boleh detect. “Nanti matahari bangun lambat, sebab tengah hujan ni dia tidur lagi”. Cubaan lawak umi membuatkan aku lagi sayu (kononnye).
Jam 0835 kami sampai di Pantai Dungun. Kereta tak abes berhenti, aku da melompat keluar. Kagum sekejap. (waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah). Masin rupanya mulut umi, mesti banyak makan garam ni. Matahari naik 40 darjah di ufuk timu

Berkelah ni salah satu tradisi keluarga aku bila semua ahli keluarga ada di rumah, kalau cuti panjang kami pergi bercuti, bila hujung minggu kami akan berkelah sambil minum pagi. Memandangkan abi kami sukakan pantai, jadi tempat berkelah kebanyakannya di pantai-pantai.
Pantai Dungun aka Telok Gadong kalau kena musim, beratur la joran kat tepi pantai. Tempat yang paling best dekat dengan UITM, redup je sebab banyak pokok. Sini memang banyak chalet mengadap pantai, nak turun ke pantai jalan sikit da sampai. Kedai makan pun banyak.

Dari Pantai Dungun kita boleh nampak Pulau Tenggol dan Pulau Kapas. Pulau Tenggol ni terkenal di kalangan scuba diver. Kalau datang nak tenangkan otak hujung minggu memang sesuai lah.
Antara aktiviti yang boleh buat kat Dungun selain jalan tepi pantai tanpa hala tuju:
1.       Jalan-jalan cari makan
2.       Berkelah
3.       Pancing
4.       Scuba diving
5.       Amik gambar
6.       Kayak; Tg Jara, Tasik Puteri.
7.       Trekking; Air Terjun Chemerong, Hutan simpan.
8.       Etc
 Verdict: 8.5/10

Aku, matahari dan pantai


Sunset… Sunrise. Golden hours memang favourite aku, sebab aku suka amik gamba walaupun tak sehebat fotografer handalan. Aku sangat kagum dengan warna alam ketika senja dan subuh. Tersangatlah cantik.
Alang-alang ada di rumah aku pun ambil kesempatan ke Pantai Kuala Kemasek, walaupun da lame duduk depan pantai. Aku takde la mabuk nak pergi pantai tiap-tiap hari.Panas wooo…Setiap kali ada peluang (bangun awal) aku mesti mengadap sunrise.
Kali ni adik aku pun bercuti jadi ada la orang yang boleh temankan ke pantai. Dapat la seketul dua gambar untuk dijadikan kenangan sebelum kami berpindah balik ke tanah tumpah darah ku Negeri Sembilan. 


Dulu, Pantai Kuala Kemasek ni takde la famous mane, cuma local je yang tau. Nak kata tak famous, da banyak penggambaran wat kat sini; Senario, iklan sabun dari oversea, Jackie Chan (tu je la aku tau).Tapi sekarang memang ramai da tau. Pantai ni mungkin tak secantik di Redang atau Perhentian tapi cukup membuatkan orang terpesona. 

Apa yang ada? Tempat makan, tandas, jeti, tempat jogging, playground. Memang sesuai la untuk bawa family ke, kengkawan ke. Satu lagi, tak wajib kalau datang Pantai Kuala Kemasek tapi tak naik the great rock. Nak tau macamane rupa the great rock tu datang la Pantai Kuala Kemasek :) dan waktu yang sesuai untuk ke pantai ni waktu pagi.
Kalau dari KL, ikut la lebuhraya Pantai Timur sure sampai. Bila da sampai Kemaman be aware dengan signboard, perjalanan dari Kemaman ke Pantai Kemasek lebih kurang setengah jam. Selepas jumpa signboard Kemasek, ready untuk masuk ke kanan. Kalau susah sangat guna je GPS.
Verdict : 7.3/10