Kali pertama mencandat sotong. Takut? Adalah sikit, sebab hujan lebat di Terengganu 2,3 hari sebelum tu. Excited? sangat la kan, sebab 1st time.
Peserta-peserta seramai lebih kurang 40 orang; terdiri dari ahli kelab ARC dan Latepackers (Alumni ARC) UIA, yang turut mengangkut adik beradik, jiran tetangga, rakan sekolah serta rakan sekerja untuk mengikuti trip kali ini. Bak kata ‘omputih’ “the more the merrier”
Disebabkan hujan, kami bertolak agak lambat dari jadual asal setelah membuat pembahagian bot. Lebih kurang pukul 5 baru bot bertolak ke destinasi. Setengah jam sebelum bertolak aku da telan 2 biji pil (nak elak pening kononnya). Sepanjang perjalanan aku kagum dengan alam ciptaan Tuhan, begitu luas dan indah. Kami juga mengambil peluang untuk ‘taaruf’ sesama sendiri (aktiviti wajib setiap acara). Dalam bot aku ada 14 orang, termasuk 4 nelayan; yg lain, 2 orang sudah bekerja, aku secara tak rasminya Latepacker, yang lain semua students, dari UIA, UM dan DQ.
Aktiviti mencandat dimulakan sebaik sahaja kami sampai ke tempat mencandat berhampiran Pulau Kapas setelah satu jam lima belas minit perjalanan. Alat yang digunakan adalah umpan tiruan yang berwarna warni dan ladung (kot) yang macam timah :P . Sotong-sotong yang berjaya ditangkap agak besar. Jam 1840, beberapa orang pencandat telah ‘syahid’. Aku meneruskan mencandat, memandangkan aku sibuk dengan kamera, gambar masa dapat sotong pertama takde T.T
Bila dah dapat 2,3 ketul sotong tumpuan aku berubah ke arah matahari yang sedang terbenam di ufuk barat. Subhanallah!
Jam 1935, setelah solat maghrib, acara diteruskan lagi. Bila menghampiri Isya’, ramai yang tumbang sebab mabuk laut (termasuk lah aku). Bila aku bangun menggagahkan diri untuk telan pil, abang nelayan tu cakap kalau telan pil pun tak jadi apa-apa sebab memang angin mabuk menyerang. Adoooi…
Jam 2300,dari tempat aku berbaring, bulan dengan slow motion nye naik. Subhanallah cantiknya, tetapi sebab terlampau mabuk, nak bangun angkat kamera pun da tak mampu :(
Jam 0200 aku terjaga, cari orang nak berborak semua dah tidur, jadi aku sambung mencandat bersama pak cik nelayan yang setia sehingga jam 0300.
Jam 0615, selepas solat, aktiviti mencandat diteruskan. Sambil bersarapan sotong goreng kami menikmati suasana laut di waktu pagi, terutama matahari terbit, perasaan yang tak tergambar oleh kata-kata, cuma Subhanallah!
Alhamdullilah kami sampai di jeti Pulau Kapas,Marang jam 0830. Hasil tangkapan bot aku hampir 20 kgs (daripada tak dapat apa-apa, sebab majority tidur). Untuk pembahagian hasil tangkapan keseluruhan, dapat la 2.5 kgs seorang. Aku bawak balik 5kgs sebab adik aku ikut sekali. Seminggu kat umah asyik makan sotong je. Tak nak simpan lelame. Walaupun sotong aku punya favourite. Lepas tu aku muak kejap makan sotong…Hurm…
Untuk yang berura-ura nak join mencandat, apa yang penting :
1. Dizzy pills
2. Snacks
3. Air -minum/wudhu' (kalau xnak guna air laut yg melekit), elak carbonated drinks.
4. Minyak angin
5. Joran (kalau nak memancing)
6. Sleeping bag (if nak tido slesa)
7. Doa
8. Semangat!
9. etc (ikut keperluan)
Verdict: 7.8/10





No comments:
Post a Comment