Thursday, 9 June 2011

Marilah menenangkan otak


Selepas ke Pantai Kuala, Kemasek, aku merancang ke Pantai Batu, Kemasek, nak ambil gambar sunrise lagi. Rancangan terbantut bila abi mengajak kami sekeluarga breakfast @ picnic di Dungun. Seawal jam 0715 kami bertolak dan tak lame lepas tu hujan pun turun.
Sepanjang perjalanan aku diam, sedih...nak tengok sunrise kempunan.Bila umi aku perasan muka aku macam ada masalah dunia, dia da boleh detect. “Nanti matahari bangun lambat, sebab tengah hujan ni dia tidur lagi”. Cubaan lawak umi membuatkan aku lagi sayu (kononnye).
Jam 0835 kami sampai di Pantai Dungun. Kereta tak abes berhenti, aku da melompat keluar. Kagum sekejap. (waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah). Masin rupanya mulut umi, mesti banyak makan garam ni. Matahari naik 40 darjah di ufuk timu

Berkelah ni salah satu tradisi keluarga aku bila semua ahli keluarga ada di rumah, kalau cuti panjang kami pergi bercuti, bila hujung minggu kami akan berkelah sambil minum pagi. Memandangkan abi kami sukakan pantai, jadi tempat berkelah kebanyakannya di pantai-pantai.
Pantai Dungun aka Telok Gadong kalau kena musim, beratur la joran kat tepi pantai. Tempat yang paling best dekat dengan UITM, redup je sebab banyak pokok. Sini memang banyak chalet mengadap pantai, nak turun ke pantai jalan sikit da sampai. Kedai makan pun banyak.

Dari Pantai Dungun kita boleh nampak Pulau Tenggol dan Pulau Kapas. Pulau Tenggol ni terkenal di kalangan scuba diver. Kalau datang nak tenangkan otak hujung minggu memang sesuai lah.
Antara aktiviti yang boleh buat kat Dungun selain jalan tepi pantai tanpa hala tuju:
1.       Jalan-jalan cari makan
2.       Berkelah
3.       Pancing
4.       Scuba diving
5.       Amik gambar
6.       Kayak; Tg Jara, Tasik Puteri.
7.       Trekking; Air Terjun Chemerong, Hutan simpan.
8.       Etc
 Verdict: 8.5/10

No comments:

Post a Comment