Jam 0300 aku bangun gosok baju, kiwi kasut sampai kilat xhengat. Seumur aku berkhidmat bukan kasut xpernah berkilat tapi kali ni sekejap je da kilat (mungkin makin lama makin senang nak dikilatkan kot). Baju loreng yang bergantung aku gosok kasi tajam potong daging. Jam 0500 semua da siap, nak sambung tido balik takut xsedar subuh, jadi aku kasi kilat lagi… kilat lagi…bape kali kilat da. Tapi hari ni lain, jadi banyak kali buat pon xpe…aku tersengih macam kerang busuk sorang2 hohoho
Selepas solat subuh, mandi bagai, make-up bagai, berbagai-bagai, jam 0715 aku dengan kawan-kawan yang lain bertolak ke kem dengan 3 tan. Masing-masing usha sama sendiri, nak puji tapi masing-masing xterkeluar suara (nervous agaknya).
Sampai di kem, kami bergegas ke auditorium Rej 515. Selepas raptai pertama dan terakhir untuk pagi tu, VVIP masuk. Bermula la upacara pemakaian pangkat, ada 2 orang pegawai yang naik pangkat. Tapi fokus sekarang ialah upacara pemakaian pangkat dari prebet ke lans koperal. Mungkin bagi separuh orang ini x cukup gah untuk diceritakan. Biarkan… yang merasanya kitorang bukan kau. Sekali dengan pakej naik pangkat adalah tanggunggjawab pembantu jurulatih. Aku terharu terpilih memandangkan aku bukan la di antara peserta KADAR yang mempunyai ‘outstanding performance’ cuma Alhamdullilah…bak kata orang berbaloi-baloi kena lenjan.
Selepas ni, ape plan? Kursus P.O.? jika keadaan mengizinkan ape salahnye kan J

No comments:
Post a Comment