23/09/2011
Latepackers (Alumni ARC UIA) menganjurkan satu lagi trip gunung. Memandangkan aku tengah free bole le nak follow kali ni. Peserta terdiri dari ‘just graduated’ UIA,Gombak students, pelajar UIA, Kuantan, Politeknik, pelajar Monash dan beberapa kolej lain termasuk rakan taulan kitorang yang terdiri dari golongan yang da bekerja. Kami berkumpul di UIA, Gombak dekat legendary stairs a.k.a Tangga Firaun (sebab rupa cam tangga yang attach dekat Sphinx of Giza..kot :P). Kami bertolak jam 2215. Manakala yang bertolak dari lokasi lain terus ke tempat perjumpaan di RnR,Tapah.
24/09/2011
Perjalanan diteruskan ke Cameron Highland. Kami tiba pada jam 0330. Baru ingat nak tido masjid, masjid kunci plak jadi menapak la memasing tido dalam kete. Jam 0615 kami ke Masjid Kayangan Brinchang untuk solat subuh.
Selepas breakfast di medan selera dan sebelum bertolak ke puncak Brinchang, kami diberi briefing dari abang Shahidi@PM untuk program kali ni dan melapor di pejabat polis. Jam 1015 kami tiba di kaki Brinchang dan bertolak ke puncak. Lepas warm-up dan baca doa kami bertolak ke puncak Irau.
Trek bermula dengan jambatan kayu (untuk sape2 yang nak menikmati keindahan gunung Brinchang dan pemalas nak trekking.) Trek sebenar bermula di akhir jambatan. Memandangkan sekarang tengah musim hujan, trek yang bertanah lembut jadi berlumpur, berselut dan licin. Agak bahaya untuk pendaki2 yang kurang berpengalaman.
Sekejap mencanak (menaik) sekejap menurun, bila trek landai, jalan berselut menanti, silap langkah masuk jerangkap samar paras peha. Memang terbaik la...
Bila da ramai2 kami jalan berasingan, kumpulan depan dengan kumpulan belakang. Aku tentu la di tengah2, sebab aku suka jalan sorang2 (can’t help it, I just loooove taking my own sweet time to enjoy the nature’s gift). *Perhatian anda tidak digalakkan untuk berjalan dalam hutan bersendirian atas faktor2 keselamatan!!
Kabus agak tebal, kadang2 sampai x nampak jalan. sepanjang perjalanan macam-macam ada. Yela kan, name pon hutan, tapi apa yang ada kat hutan xde kat tempat lain jadi ni la sikit sebanyak yang aku sempat rakam.
Hutan kat tanah tinggi ni agak berlumut, menambahkan lagi kekaguman aku pada alam ciptaan Allah. Some claim this place resemble the forest in the Lord of the ring, hell yeah it was.
Kami sampai di first checkpoint, Mini Irau@Puncak Tipu@Anak Irau pada ketinggian 6,666 kaki. Lepas minum2, rest2 kejap, perjalanan diteruskan.
Sampai di puncak pada ketinggian 2110m a.p.l., kami pon terus ‘transform' untuk sesi bergambar.
Hutan Brinchang ni antara tempat yang best untuk pergi lebih dari skali. Cuma kemudahan air agak terhad. Suhu pada waktu malam boleh menurun sehingga 8 darjah celcius jadi bersedia la dengan baju extra tambah2 lagi kawasan ni lembab. Tidur tanpa sleeping atau dalam baju basah boleh menyumbangkan kepada hipertemia.
Barang penting!
1. Sleeping bag (kalau camping wajib!)
2. Air-minum/bersuci
3. Dry bag –baju/barang2/camera
4. Extra battery- bateri cepat habis di tempat sejuk (untuk yang bawa camera)
5. Sweater/windbreaker
6. Extra stokin
Verdict : 8.3/10
*Title 'Anak Irau' diambil sempena peristiwa salah sorang peserta yang dapat tahu dia mengandung masa kami bawa dia ke hospital sebab lesu selepas dia turun dari puncak Irau . Alhamdullilah, nasib baik la xjadi pape kat kakak ni dengan baby die.






No comments:
Post a Comment